tanda dimana kiamat sudah dekat

tanda dimana kiamat sudah dekat

tanda dimana kiamat sudah dekat

tanda dimana kiamat sudah dekat

Ada beberapa tanda dimana kiamat sudah dekat :maka bersiaplah untuk menyambut kedatangan yang maha dasyat :

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.”

Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, yaitu penaklukan Baitulmuqaddis (Yarussalem).” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.”Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).

Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?”

Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi- penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya. “Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidakakan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan

terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani

11) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datang nyahari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

12) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

Sumber : https://cialis.id/

Comments are closed.